IPOH – Perak mahu mengakji semula sasaran 70 pingat emas yang diletakkan sebelum ini pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 September ini setelah mendapati angka itu agak tidak realistik untuk dicapai.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Howard Lee Chuan How berkata, kajian semula itu perlu dilakukan selepas beberapa sesi perbincangan dan perjumpaan beliau dengan jurulatih dan pengurus pasukan kontinjen Perak.

 

“Saya dah jumpa sekitar 22 jurulatih dan pengurus pasukan, nampaknya sasaran pingat emas 70 hinga 76 itu tidak begitu realistik untuk Perak.

 

“Atas semangat ketelusan dan keterbukaan, saya harus berterus terang kepada anak-anak Perak, sasaran sebelum ini itu akan disemak semula dan berkemungkinan akan ada penurun dari segi jumlahnya,” kata beliau.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.

 

Namun beliau tetap menengaskan sasaran Perak untuk menjadi juara pada temasya itu tetap tidak berubah meskipun jumlah sasaran pingat emas berkemungkinan besar dikurangkan.

 

“Jumlah sasaran baharu itu nanti akan saya ulas secara lebih mendalam selepas berjumpa dengan semua pasukan-pasukan bertanding.  Saya harus berlaku adil, tidak elok saya umum sasaran tanpa berjumpa semua.

 

“Berjuang ke arah menjadi juara keseluruhan SUKMA itu tidak akan berubah cuma sasaran pingat emas ada beza sedikit,” ujarnya.

 

Sebanyak 427 pingat emas bakal dipertandingkan pada SUKMA 2018 melibatkan 29 jenis sukan dan 39 lokasi di 12 daerah di Perak.

 

Temasya dwitahunan itu, melibatkan 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara yang berlangsung pada 12.