Skuad T Team berjaya mengatasi kemelut luar padang apabila berjaya merekodkan kemenangan selesa 3-0 mengatasi Perak di Kuala Terengganu.

Perlawanan di lihat seimbang, lebih lebih lagi dalam aksi pada pusingan pertama yang lalu kedua dua pasukan terikat 2-2 di Perak.

Meskipun menerima hukuman penolakan enam mata pertengahan minggu lalu, T Team langsung tidak menunjukkan tanda tanda kejatuhan.

Malah ‘The Titans’ terus cemerlang memperagakan permainan yang mantap dan menyukarkan Perak untuk menguasai perlawanan.

Seawal minit kesembilan, T Team berjaya di hadapan. Ianya hasil rembatan kencang Mahamadou Samassa yang gagal di selamatkan Hafizul Hakim.

Perlawanan selepas itu berlangsung hambar tanpa sebarang jaringan sehinggalah menuju satu jam lebih permainan berlangsung.

Kebuntuan jaringan akhirnya di leraikan Wan Amirzafran pada minit 72 menerusi satu tandukan susulan tandukan Samassa.

Empat minit berselang, Farhod Tadjiev pula menambahkan kegembiraan penyokong tuan rumah hasil sepakan jarak dekat beliau dari kiri gawang.

T Team menamatkan perlawanan dengan kemenangan selesa 3-0 dan berjaya melupakan isu isu di luar padang. Dengan kekalahan ini, skuad kendalian Durakovic terus gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam empat aksi.

-90minit.com