IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua bendera di negeri Perak dikibar separuh tiang sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang ini berkata, baginda menitahkan supaya semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman.

Media tempatan melaporkan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.