IPOH: Kerajaan negeri Perak memberi komitmen untuk memastikan segala gerak kerja dan pentadbiran berjalan dengan telus, tanpa sebarang unsur rasuah.

 

Dalam satu majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sendiri mengetuai bacaan ikrar bersama seluruh barisan kepimpinan negeri.

ikrar2Perak merupakan negeri keenam yang melaksanakan lafaz ikrar tersebut yang disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

 

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Menteri Besar itu turut disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal dan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Rohana Abdul Malek.