WhatsApp Image 2017-11-01 at 00.25.54

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara langkah itu ialah pembinaan lapangan terbang baharu, pembinaan pusat memberi belah yang mempunyai 146 kedai, memperbanyakkan promosi di negara-negara Arab, Jepun, Korea dan China, selain menganjurkan acara-acara bertaraf antarabangsa.

Menurut beliau, aktiviti pelancongan yang berasaskan kepada kepada komuniti seperti sektor makanan dan pengusaha kraftangan juga akan ditingkatkan di samping prasarana asas seperti pengangkutan awam, tandas dan kebersihan.

“Kita semua sedia maklum, sektor pelancongan merupakan antara sektor terpenting di mana ianya merupakan antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bagi negeri Perak,” katanya ketika berucap di majlis Malam Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2017 di sini malam tadi.

WhatsApp Image 2017-11-01 at 00.26.14

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Pengerusi JawatankuasaPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Dr Zambry berkata, penduduk setempat juga akan merasai manfaat jika sesuatu tempat atau produk pelancongan dibangunkan atau dikenali ramai.

Sementara itu, Nolee di dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri akan meneruskan Kempen Tahun Melawat Perak di tahun-tahun akan datang dengan mengambil dua pendekatan pada tahun 2018.

Menurutnya, pendekatan itu ialah usaha memperkasakan jenama Bandaraya Ipoh melalui tempat-tempat menarik seperti Heritage Trail, People’s Park, Dataran Dato’ Sagor, Tourism Riverside. Taman DR, Gunung Lang, Gerbang Malam dan Pasar Karat.

Tambahnya, jenama itu akan digabungkan dengan suasana budaya dan seni, kafe hispster, seni bina kolonial, aktiviti berbasikal, beca, acara-acara seni dan sukan.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan melibatkan agensi kerajaan dan pihak swasta serta NGO untuk bersama dalam usaha menjenama dan memperkenalkan Ipoh, bukan sahaja setara dengan bandaraya seperti Kuala Lumpur, malah Hong Kong, New York dan Bangkok,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pendekatan kedua ialah memperkukuhkan Perak sebagai destinasi eko-pelancongan unggul di Semenanjung Malaysia.