MANJUNG: Perak berhasrat untuk melahirkan ramai profesional dan korporat yang juga seorang tahfiz, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, selaras dengan hasrat itu, kerajaan negeri telah menubuhkan lima sekolah tahfiz moden berasrama penuh yang mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menurut beliau, lima tahfiz moden itu telah dibina di daerah Manjung, Kerian, Tapah, Kuala Kangsar dan Lenggong.

“Mereka bukan sahaja belajar tahfiz tetapi juga komputer dan ilmu akademik seperti pelajar lain,” katanya dalam ucapan pelancaran program Perakfm bertajuk ziarah tahfiz sempena Fiesta Sehati@RTM

#Untuk KomerLer di sini, hari ini.

861618fa-99ce-40ee-bfe6-1cbc3866a29dTeks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Penyiaran, Madli Alias dan Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Sabri Mansor

Dr Zambry berkata, dengan keamanan dan kemakmuran negara, pelbagai pihak tampil memperkenalkan sekolah tahfiz yang turut mendapat sokongan rakyat.

Beliau menambah, kebanyakan ibu bapa kini mula memilih sekolah tahfiz untuk membentuk anak-anak mereka sejak dari kecil.

Belia memberitahu, setakat ini terdapat 60 maahad tahfiz swasta yang berdaftar di negeri ini dan mendapat bantuan MAIPk.

Beliau berharap dengan program baharu Ziarah Tahfiz itu akan dapat meningkatkan lagi syiar Islam di negeri ini.

Program itu yang akan mula disiarkan di Perakfm minggu hadapan adalah berkonsepkan turun padang dan berkongsi ilmu yang akan dijayakan oleh warga maahad tahfiz.