IPOH:  Bermain tanpa penonton di stadium Ipoh tidak melunturkan semangat juang The Bos Gaurus yang rancak mengatur strategi dan menjaringkan tiga gol bagi pasukan Perak pada malam

Kesebelasan utama itu juga meranapkan impian Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS FC) untuk membawa balik sebarang gol bagi mara ke pusingan ketiga Piala FA kali ini.

Di bawah pimpinan pemain veteran Thiago Junior sebagai kapten pasukan,  Perak membuka gol pembukaan oleh pemain import Vitkov Mirchiev pada minit ke-14 di dalam kotak penalti.

Tidak gentar dengan asakan oleh PBMS FC, pasukan Perak terus mara dengan jaringan gol kedua pada minit ke-26 oleh penyerang mereka Faton Toski.

Anak-anak buah Karl Heinz Weigang itu juga tangkas mematahkan pertahanan yang disusun rapi oleh pasukan PBMS FC dibawah kendalian Mohd Fadli Baharuddin sebagai kapten

Toski sekali lagi merebut peluang masa tambahan separuh masa pertama dan mengejutkan pasukan lawan dengan jaringan deras pada minit ke-48.

Tamat perlawanan, pasukan lawan PBMS FC dari Hulu Langat, Selangor itu akhirnya terpaksa akur dengan keputusan 0-3 menentang pasukan Perak yang seakan mendapat inspirasi daripada kemenangan PKNP menentang TRW pada malam sebelumnya.