Oleh: Abd Razak Mohd Ali

TAPAH: Perak sentiasa mendahului negeri-negeri lain dalam menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat Orang Asli.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jika ada masalah yang dihadapi oleh msyarakat itu, Perak menjadi negeri pertama yang mengambil tindakan untuk mengatasinya.

f85ee595-5bd4-416d-9138-00204613e4f5

Di samping itu, kata beliau, Perak juga telah mewartakan banyak kawasan untuk masyarakat tersebut, yang terbesar berbanding negeri-negeri lain.

“Kita akan teruskan usaha ini kerana kita tidak mahu Orang Asli di negeri ini ketinggalan, berbanding kaum-kaum lain,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Kebudayaan dan Keseniaan Masyarakat Orang Asli di Padang TNB Batu 7, Kuala Woh, Jalan Pahang di sini pada Khamis.

Hadir sama barisan Exco kerajaan negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan yang juga ADUN Air Kuning, Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga ADUN Chenderiang, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan.

4c4c7896-4126-4a3d-9dd3-2a64bd8dbca2

Dr Zambry berkata, beliau sendiri dan kerajaan negeri tidak pernah membezakan antara masyarakat Orang Asli dengan kaum-kaum lain seperti Melayu, Cina dan India.

“Malah ketika mula-mula menjadi Menteri Besar, saya telah mengadakan perjumpaan dengan semua Tok Batin untuk mengetahui masalah Orang Asli, baik dari segi infrastrukur mahupun pendidikan,” ujar beliau.

Beliau melahirkan rasa bangga kerana ramai kalangan anak Orang Asli di negeri ini yang telah berjaya di dalam pendidikan sehingga menjawat jawatan tinggi di dalam sektor pekerjaan.

1429b333-f77e-4c80-b93c-6805639c04baBeliau memberi contoh, selain dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat universiti, ada di antara mereka menjadi guru, profesor, doktor pakar, pengarah dan timbalan ketua pengarah jabatan kerajaan.

Dalam pada itu, Dr Zambry memberitahu, beliau turut mengambil 10 anak Orang Asli sebagai anak angkatnya sejak beberapa tahun lalu.

“Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang telah berjaya, ada yang menjadi guru dan ada yang melanjutkan pelajaran ke universiti,” tambahnya.