IPOH- Kerajaan negeri sedang memperhalusi cadangan untuk menaiktaraf Taman Tasik Taiping termasuk Bukit Larut menjadi Taman Tasik DiRaja.

Menurut Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu cadangan itu akan disembah maklum terlebih dahulu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan baginda.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pemuda DAPSY, AMANAH dan BERSATU yang sebelum ini mencadangkan kawasan rekreasi itu dinaiktaraf sebagai Taman Tasik DiRaja bagi menjaga keindahan taman tersebut.

“Saya memikirkan perkara ini amat menarik tahniah kepada anak-anak muda dari DAPSY, AMANAH, PKR dan BERSATU yang nak jaga kawasan ini.

“Ini selari dengan kebangaan negeri Perak yang mana Taiping merupakan salah satu daripada tiga bandar terbaik di dunia,”katanya.