Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Perak sekali lagi menunjukkan taring menundukkan percubaan PKNS FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan sulung Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Perak di sini,pada malam Selasa.

Kedua-dua jaringan gol yang dirembat kemas oleh pemain import Thiago Junio Aquino dan Gilmar Jose Da Silva Bos Gaurus dengan jarak hanya lapan minit pada babak kedua membuktikan kehebatan anak buah Mehmed Durakovic itu.

Asakan demi asakan terus diberikan oleh pasukan pelawat PKNS FC untuk mencuba nasib membawa pulang satu gol namun terus dipatahkan oleh pertahanan pasukan Seladang.

Pasukan penyerang PKNS FC juga tidak ketinggalan melakukan beberapa percubaan melolosi gawang tuan rumah dengan bertubi serangan namun dielak rapi oleh Bos Gaurus.

Lorongan sepakan sudut daripada Zaquan Adha Abdul Radzak kurang sembilan minit daripada masa perlawanan penuh membolehkan Thiago menanduk masuk menembusi gawang gol lawan untuk jaringan pertama.
Penjaga gol PKNS FC Mohd Zamir Selamat yang gagal menyelamatkan bola di hadapan tiang gol membolehkan Gilmar Jose Silva mencuri kesempatan bagi meghadiahkan satu lagi gol bagi pasukan yang diketuai oleh Mohd Shahrom Abd Kalam itu.

Keputusan tersebut sekaligus membolehkan pasukan Perak berasa lega setelah hanya dapat berada seri kosong sama bersama PKNS FC pada separuh masa pertama.

Perak 2- 0 PKNS FC.