KUALA LUMPUR: Jentera parti Perak telah melakukan pelbagai persediaan bermula dengan situasi paling teruk untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai negeri yang boleh dikatakan ‘underdog’, beliau dan jenteranya telah merangka pelbagai strategi bagi berdepan pembangkang yang rata-rata memasang harapan untuk menawan Perak.
“Kita kena susun strategi ketika mana keadaan paling teruk. Jangan susun strategi paling baik, itu nak buat ini kita nak buat. Bila dah susun strategi terburuk, kita akan fikir macam mana nak berhadapan pada masalah.

“Sama juga keadaan pada PRU13 dimana anggapan itu dibuat kemungkinan Perak tak dapat pertahankan tapi alhamdulillah kami membuat gerak kerja secara realisitik. Itu paling penting dalam gerakan parti, strategik dan realisitik,” katanya ketika ditemui bnbbc.my portal, pada Jumaat.

Menurutnya, segala kelemahan lalu akan diperbaiki serta meningkatkan kekuatan dengan memperkemas jentera bagi menghadapi persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

“Dimana kekuatan dimana kelemahan, kita kena fikir macam mana nak perbaiki, saya tak nak buat perbandingan negeri lain tapi pusat dah datang tengok apa yang kita dah buat di sana,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan calon, katanya ia bergantung kepada calon yang menjadi kesukaan rakyat sekaligus menepis dakwaan yang menyatakan hanya calon kroni sahaja akan dipilih.

“Jika calon masih disukai rakyat, tak ada masalah kerana akhirnya penilaian rakyat yang pilih, kalau disetujui atas kriteria itu, tidak timbul masalah.

“Keyakinan untuk menang pula setiap perjuang mesti ada keyakinan tersendiri kalau tak jangan masuk berperang jadi setiap jentera yang masih di medan perang mesti ada ketahanan, tapi jangan terlalu yakin,” ujarnya.