LUMUT: Kerajaan negeri Perak memberi jaminan akan mengambil tindakan segera untuk membantu Pusat Pendidikan Al Barakah yang menghadapi masalah kewangan.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau telah meminta pegawainya mengadakan perbincangan segera dengan pemilik pusat pendidikan itu, Datuk Mohd Kazim Elias yang lebih dikenali dengan Ustaz Kazim.

Beliau mengakui terkejut dengan berita mengenai cadangan penjualan unit tahfiz pusat itu.

“Sebaik saya mendapat maklumat tersebut, saya telah mengambil beberapa tindakan untuk yang pentingnya menyelamatkan sebuah institusi yang begitu baik dan juga anak-anak kita yang sedang belajar di sana.

“Jadi seterusnya saya belum dapat lagi masa tetapi saya telahpun berbincang dengan pegawai saya untuk memulakan perundingan dengan pihak al Barakah, dengan ustaz Kazim sendiri bagaimana caranya untuk kita ke depan daripada sekarang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas ketika Rumah Terbuka Aidilfitri Pangkalan TLDM Lumut di sini, hari ini.

Rabu lalu, kerajaan negeri Perak menyatakan komitmen untuk membantu Pusat Pendidikan Al Barakah yang menghadapi masalah kewangan sehingga bercadang menjual unit tahfiznya.

1/5