KUALA KANGSAR: kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Agam Islam Malaysia (JAKIM) telah memperuntukan RM55,370,880 kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata peruntukan itu diberikan untuk pengurusan hal ehwal Islam di negeri ini.

WhatsApp Image 2017-03-30 at 13.19.24

“Peruntukkan ini untuk membayar imbuhan imam RM14,280,000 untuk 1,400 orang, RM38,076,480 sebagai elaun Guru KAFA untuk 3,120 orang dan RM3,014,000 sebagai elaun guru Takmir untuk 314 orang.

“Manakala RM1,475,000 pula diperuntukan bagi membayar imbuhan kepada bilal dan siak bagi negeri Perak,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Multaqa Murabbi Ummah Perak, di sini pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Justeru itu beliau mengucap penghargaan kepada kerajaan persekutuan kerana menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan aspek pengurusan hal ehwal Islam diperkukuh dan diberi perhatian.

WhatsApp Image 2017-03-30 at 13.19.11

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib di atas komitmen yang ditunjukkan secara berterusan.

“Peruntukan ini diberi agar program-program agama, institusi agama di Perak diteruskan bantuannya.

“Maka sebarang masalah berkaitan perbelanjaan dan sebagainya akan dapat diuruskan lebih baik,” ujar beliau.