Oleh: Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Kesebelasan utama pasukan Bos Gaurus gagal mempamerkan aksi terbaik sebelum dimalukan oleh pasukan dari utara tanah air di padang sendiri dalam pusingan Piala FA pada malam Sabtu.

Pasukan Seladang di bawah pimpinan Mehmet Durakovic itu kelihatan mula mengasak laju pada separuh masa pertama namun gagal menembusi pertahanan pasukan pelawat dari Kedah itu.

Kemas bermain di laman lawan, pasukan Kedah menunjukkan sususan taktikal yang mantap hasil didikan jurulatih berpengalaman, Tan Cheng Ho.

Zachary Anderson membuka tirai gol pertama pasukan Kedah pada separuh masa pertama di dalam kotak penalti dengan tandukan gol pertama peribadi beliau bagi musim ini.

Tidak puas dengan satu gol, pemain import Ken Ilso menjaringkan gol kedua bagi Kedah pada minit ke 42 sekaligus memperkukuhkan kedudukan Kedah menuju mencapai kejuaraan Piala FA.

Rentak permainan Bos Gaurus dilihat statik apatah lagi dengan kekecohan penyokong di Stadium Perak yang menunjukkan tidak puas hati terhadap pengadil yang dilihat seperti berat sebelah.

Keputusan kekal 2-0 dengan Kedah mendahului Perak di separuh masa kedua dan masa tambahan tidak membantu Seladang untuk membolosi jaring gol lawan.

Ketika ditanya mengenai kesan kecederaan bahu pemain harapan, Nazirul Naim Che Hashim, Mehmet berkata, ia tidak begitu memberi kesan kepada keputusan akhir perlawanan pada malam itu.

Keputusan kekal 2-0, Kedah mara ke suku akhir di laman lawan.