IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak menyifatkan hasil pertemuan selama lebih tiga jam dengan PAS negeri ini merupakan sesuatu yang positif dalam usaha membentuk sebuah kerajaan campuran.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad akui masih belum ada kata putus yang dicapai daripada kedua-dua pihak.

“Cuma ia belum ada keputusan muktamad. Kenapa saya kata positif sebab apabila kita adakan perbicangnan tentu kita ada perbincangan yang harmoni dan ambil kira keperluan, untung rugi, masa depan parti dan yang paling penting adalah kebajikan rakyat Perak.

“Apa pun keputusan adalah untuk kebajikan rakyat negeri ini, itu adalah perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya selepas pertemuan tersebut di sini, hari ini.

Tambanya, kedua-dua parti akan mengadakan mesyuarat dan perbincangan di pelbagai peringkat termasuk mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan parti.

Kedudukan kerusi DUN Perak ketika ini memihak kepada Pakatan Harapan dengan 29 kerusi manakala BN 27 kerusi dan PAS tiga kerusi. Namum angka yang diperolehi parti masing-masing masih belum cukup untuk mana-mana parti menubuhkan kerajaan negeri.

BERITA BERKENAANPAS Perak Sedia Bergabung Tubuh Kerajaan Campuran