PUTRAJAYA – Polis mendedahkan wujud satu sindiket panggilan palsu yang cuba memperdayakan orang ramai dengan meminta mereka memasukkan sejumlah wang ke dalam akuan bank kononnya bagi menyelesaikan saman atau kes tertentu.

Lebih licik apabila sindiket terbabit menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk membuat panggilan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, beliau dimaklumkan telah menerima tidak kurang 200 panggilan sehari daripada orang awam untuk membuat pengesahan nombor telefon IPD Putrajaya sejak dua bulan kebelakangan ini.

-Kosmo