AYER KEROH : Perikatan Nasional (PN) Melaka menarik balik kerjasama dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata ia membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Langkah itu susulan tindakan kedua-dua ADUN berkenaan yang mengetepikan peranan 13 ADUN BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun, perkembangan ini masih menyaksikan PN memiliki majoriti 15 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri membabitkan 13 kerusi BN dan masing-masing satu ADUN PKR dan DAP yang menyokong mereka.

PH pula mempunyai 10 kerusi dan BERSATU dua kerusi. -BH