IPOH: Perak akan melakukan pemeriksaan segera terhadap 24 syarikat yang diberi kuota untuk membungkus semula minyak bersubsidi satu kilogram bagi memastikan mereka tidak menyalahguna kouta yang diberikan.

 Exco kerajaan negeri, datuk samsudin abu hassan berkata, tindakan tegas itu perlu bagi menjawab persoalan mengapa kouta 4,000 metrik tan sebulan di negeri itu masih tidak mencukupi.

 “Pihak penguatkuasa juga boleh membuat penilaian mengikut premis-premis perniagaan yang dibekalkan, tengok inbois dan baucher, benar atau tidak.

 “Kita khuatir hanya atas kertas sahaja bilangan yang dikeluarkan kepada peruncit-peruncit tetapi sebenarnya hanya sedikit sahaja, yang lainnya dibotolkan, harga minyak bersubsidi dalam bentuk botol, harga ikut pasaran,” katanya.

 Beliau ditemui selepas merasmikan kempen keselamatan gas petroleum cecair dan penyampaian anugerah kedai harga patut 2016 di sini pada Isnin.

Subsidi Minyak

Samsudin mahu pemeriksaan lebih mikro itu dilakukan segera kerana ia telah menimbulkan keluh kesah dan kemarahan rakyat.

Bagaimanapun, ujar beliau, sekiranya benar kouta yang diberi tidak mencukupi, kerajaan negeri akan meminta agar ia ditingkatkan di masa akan datang.

 Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 108 premis perniagan di perak diberi anugerah kedai harga patut tahun ini bagi membantu menangani beban kos sara hidup pengguna.

 Samsudin berharap, peniaga-peniaga yang menerima anugerah itu dapat terus memenuhi spesifikasi harga patut seperti mula-mula mereka memperolehinya.