PETALING JAYA: Sedang asyik memasak, tiba-tiba periuk di atas dapur meletup! Pasti menggelabah dan menakutkan bukan?

Itulah yang berlaku pada sebuah program yang disiarkan sebuah stesen televisyen berbayar, Sabtu lalu yang menjadi tular di laman Facebook.

Untuk makluman, program tersebut dikhaskan bagi mempromosikan barangan yang kebanyakannya adalah peralatan keperluan rumah.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan seorang chef sedang membuat demonstrasi masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80 peratus.

Bagaimanapun periuk yang digunakan itu secara tiba-tiba meletup dan lebih memalukan ia berlaku untuk sebuah program yang disiarkan secara langsung.

Insiden tersebut sekaligus mengundang kencaman netizen yang berasa tertipu dengan kata-kata manis dan kesungguhan pengacara mempromosikan barangan tersebut, malahan menyifatkan ianya tidak seperti apa yang digebangkan.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/30/periuk-meletup/#1UWgbHgJfjqV6HjF.99