BUKIT GANTANG – Pertama kalidimaklumkan mengenai kewujudanTrong Leisure Farm & Resort danselepas melihat gambar ladang yangdipenuhi puluhan ribu ekor itik, terdetikperasaan seakan tidak percaya keranaia mungkin indah khabar dari rupa.

Siapa sangka, di sebalik kesunyianpekan Trong, terdapat sebuah tamanrekreasi yang menempatkan kira-kira60,000 ekor itik di tapak berkeluasan 70ekar.

Ladang yang diibaratkan sebagai‘perkampungan itik’ itu terletak di PT293 Jalan Kuala Trong, Trong, kirakirasembilan kilometer dari Plaza TolChangkat Jering.

Ingat Trong, Ingat Itik

Melangkah masuk Trong LeisureFarm & Resort, pastinya menambathati sesiapa sahaja apabila ribuan ekoritik tidak ubah seperti sutera putih yangmelitupi keseluruhan tasik.

“Kalau dulu kita cakap pada orang dariluar Perak mengenai Trong, rasanyaramai yang tak tahu, mereka cuma tahupasal Taiping.

“Tetapi sekarang, kita sudah bolehrasa bangga sebab apabila sebutTrong, orang akan kaitkan denganitik,” kata usahawan berdedikasi yangjuga pengusaha ladang itik, Oon BeowGhee, 52.

Mendekati pengusaha ladangitik ini begitu mengujakan,lenggok dan pertuturannya sudahcukup membuktikan bahawa diasememangnya anak jati Trong.

Dia yang lebih dikenali dengannama Ghee oleh penduduk setempat,menjalankan perniagaan itu bersama-sama dengan dua orang anak dan menantu.

“Saya lahir dan membesar di sini, sejak20 tahun lalu kami usahakan ladang itikdalam skala kecil dan bermula tahun2014, barulah kami membuka tempatini dengan chalet serta taman rekreasi.

“Boleh dikatakan tempat sepertiini adalah satu-satunya di Malaysia,memang tempat lain ada juga yangmembela itik tetapi tidaklah sebanyakyang ada di ladang ini,” katanya.

Ternak Itik Untuk Pasaran Eksport

Menurut Ghee, keputusan untukmembuka ladang itu bermula apabiladia kerap menggembara ke negaralain seperti Taiwan dan Indonesia, yangmempunyai kawasan utama ternakan itik.

Lalu bermulalah misi dan langkah seterusnya untuk membangunkan taman rekreasi itik, bagi memberipeluang orang ramai mendekati danmengetahu lebih dekat segalanya tentang haiwan berkenaan.

“Ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh menghadapi risiko membuka perniagaan berasaskan itik, dan bagi saya, ia mesti dimulakan dengan kepercayaan pada diri sendiri.

Memanglah pada mulanya adapelbagai dugaan tetapi lama kelamaansemuanya akan berjalan lancar.

“Apa yang lebih penting adalah niat saya untuk membantu membangunkan pekan Trong yang selama inikewujudannya tidak disedari oleh orangluar, tetapi sekarang tidak lagi,” katanya.

Kebanyakan itik di sini diimport dari England dan apabila tiba tempoh matang, ia akan dieksport ke Singapura kerana permintaan yang tinggi untuk dagingnya yang dikatakan lebih manis berbanding ayam.

“Itik yang diimport dari England sudah dikacukkan, sebab itu warnanya kuning ketika kecil dan bertukar putih sepenuhnya bila sudah besar” jelas anak jati Trong ini.

Spesis Itik Pekin Jinak Gamit Pengunjung

Menurut Ghee, gelagat sesetengah pengunjung kadangkala membuatkannya geli hati memandangkan ada anak-anak kecil, terutama dari Singapura yang tidak mengenali haiwan itu.

“Sekarang nak cari kawasan semulajadi memang susah, lagi pun budak-budak terutamanya dari Singapura, mereka datang ke sini dan tidak dapat beza antara ayam dan itik.

“Di sini selain dapat lihat itik, mereka juga boleh mempelajari dan memahami pembesaran itik, beza itik putih dan itik kuning serta cara bezakan itik jantan dan betina. Kami juga sediakan video tentang itik di sini dalam tiga bahasa untuk pengunjung.

“Trend sekarang tidak sama macam dahulu, kalau dulu mak atau bapa selalu kerja sampai tiada masa bersama anakanak keluar, tetapi sekarang setiap Sabtu atau Ahad ibu bapa membawa anak-anak bercuti atau beriadah ke tempat sebegini,” katanya.

Tiada masalah jika anda ingin menyentuh atau bermain dengan itik yang ada di Trong Leisure Farm & Resort kerana ia begitu jinak dan datang sendiri jika anda memberinya makanan seperti dedak dan roti.

Kawasan Bersih, Bebas BauBertemu dengan seorang daripadapekerja di sini, Shahrizal Rambeli yangkebetulan bertugas sebagai jurupandu,bakal memberikan pengalaman berhargabuat pengunjung.

Banyak maklumat dan pengetahuandisampaikan di sepanjang perjalananmenuju ke setiap hentian kandang itikdengan menaiki pengangkutan Trong tuktuk’untuk membawa pengunjung.

“Cuba tengok keadaan sekeliling sini,tidak ada lalat yang hurung di tempat itik-itikini kan? tanya Shahrizal sewaktu membawawakil Suara Perak meninjau keadaansetempat.

“Inilah istimewanya tempat ini danmembela itik memang berbeza denganmembela ayam kerana najis itik yangcair akan meresap di dalam pasir, tanpamengeluarkan bau busuk.

“Ramai yang sudah datang ke sinimemberitahu bahawa tempat ini memangterbaik untuk tenangkan fi kiran, dengankeluarga dan kawan-kawan,” katanya.

Di samping itu, aspek penyediaan airjuga penting untuk habitat itik keranaia memerlukan air yang banyak untukmenyejukkan badan.

“Itik masih boleh bertahan walaupun tidakdapat makanan sehari, tapi boleh mati jikatidak dapat minum air dalam beberapa jam,”jelasnya.

Terapi Tenangkan Fikiran SertaUrutan Tangan

Shahrizal menceritakan beberapamelihat ayahnya sudah boleh tersenyummelihat gelagat kumpulan itik, sebab itudia kata tempat macam ini jadi terapi untuksebahagian orang,” ujarnya.

Percaya atau tidak, apabila dikatakansetiap kali anda memberi itik-itik makandi atas tapak tangan, patukkan mulut itikitu seakan-akan satu urutan lembut danmenyeronokkan.

“Paruh itik memang tidak sama denganayam, kalau ayam, paruhnya tajam dansakit apabila dia mematuk tetapi uniknyaitik, disebabkan mulutnya yang leper, anakanakkecil pun boleh beri makan atas tapaktangan, malah ramai yang akui memangmacam kena urut,” tambahnya.

Pakej Lengkap Berbaloi

Tidak dinafi kan Trong Leisure Farm &Resort boleh diangkat menjadi lokasi wajibuntuk pelancong yang datang ke negeriPerak kerana prasarana yang lengkap danditambah pula dengan keindahan landskap,membuatkan ia sesuai untuk semua lapisanumur.

Andai pelancong dari Jepun dan Singapurasanggup datang semata-mata hendakmelihat keunikan tempat ini, mengapa tidakrakyat tempatan berkunjung ke destinasiyang begitu dekat dengan kita.

Antara tarikan lain yang terdapat disini ialah pengunjung boleh menikmatikeseronokan dengan berkayuh di tasikmenaiki ‘Trong Ducky Paddle Boats’ sambilmemberi makanan kepada itik.

Waktu perniagaan bermulaperistiwa keajaiban yang berlakukepada mereka yang pernahberkunjung ke Trong Leisure Farm& Resort, seperti yang berlakukepada pengunjung dari Singapura.

“Seorang pengunjung dariSingapura yang datang bersamaayahnya memberitahu bahawaayahnya sudah lama tidakbercakap dengan oranglain disebabkan faktorkesihatan atau tekanan.“Selepas datangsahaja ke sini,anaknya sendiriterkejut apabilajam 9.30 pagi – 6.30 petang.

Bayaran masuk untukdewasa RM5 dan kanakkanak(3-12 tahun) RM2.Untuk pertanyaan: 010-4640918/ 010-4642917dan laman Facebook:Trong Leisure Farm.