IPOH: Kerja-kerja pembinaan kilang Proton di Tanjung Malim kini mencapai kemajuan sehingga 80 peratus, dengan melibatkan pelaburan tambahan sebanyak RM 1.2 billion.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri melalui agensi penggalakkan pelaburan, sentiasa mengadakan kerjasama berterusan bersama Proton bagi mengenalpasti pelabur yang berpotensi.

“Majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara lapan syarikat vendor tempatan Proton dengan rakan kerjasama mereka dari luar negara berlangusung pada 10 Oktober lalu.

“Ia dijangka membawa masuk sebanyak RM 170 juta pelaburan ke Malaysia dan akan mewujudkan kira-kira 450 peluang kerja baru,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN – Slim) di Sidang Dewan Undangan Negeri ke-14, di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Selasa.

Dalam pada itu, katanya, usaha berterusan itu bagi memastikan persekitaran yang kondusif dapat diwujudkan untuk sebahagian besar tenaga kerja Proton yang bakal berpindah dari Shah Alam ke Tanjung Malim pada tahun 2023.

“Perak Investment Management Centre atau InvestPerak dan Malaysian Investment Development Authoritu (MIDA) sentiasa adakan ‘engagement’.

“Termasuk dalam sektor perkhidmatan, hopitality, peruncitan dan pelancongan yang dapat menyokong pertunbuhan Proton City serta Tanjung Malim,” katanya lagi.