Oleh: Nazialita Geynna Maharan

TANJUNG MALIM: Penduduk beragama Hindu di sini bertuah menerima sumbangan Kerajaan negeri Perak untuk menambahbaik kemudahan di tanah perkuburan kaum India Tanjung Malim.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Datuk Rusnah Kasim berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai keperluan di perkuburan itu sejak mendapat aduan daripada penduduk setempat.

Katanya, lokasi persemadian bagi mereka yang telah meninggal dunia adalah amat penting dan perlu dilakukan dengan kelengkapan dan kemudahan yang sebaiknya.

“Walaupun mempunyai fahaman berbeza, dan cara persemadian berlainan namun ianya amat penting untuk setiap agama.

“Justeru sumbangan ini diharap dapat membantu ahli keluarga mereka yang telah pergi dahulu,” katanya kepada Suara Perak ketika melawat Tanah Perkuburan India Tanjung Malim pada petang Rabu.

ADUN Behrang itu berkata, beliau turut meluluskan pembinaan jalan yang akan menghubungkan kawasan perkuburan dengan laluan utama melalui peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

7e9e0526-9d33-4a50-a56c-4861a8ba0c87

Rusnah berharap, dengan peruntukan itu ahli keluarga daripada komuniti beragama Hindu dapat melaksanakan upacara terakhir dengan penuh keselesaan dan penghormatan.

Dalam lawatan itu, beliau mengambil kesempatan menyelami masalah kaum India di sekitar kawasan berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon serta barisan rakan komponen parti BN seperti Kongres India Malaysia (MIC) dan Makkal Sakti.