IPOH: Perlawanan Liga Super di antara Perak dan Melaka United di Stadium Perak malam ini berlangsung tanpa penyokong sebagai hukuman ekoran kekecohan penyokong dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 6 Ogos lalu.

Hanya pegawai persatuan kedua-dua negeri, petugas media dan petugas perlawanan sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam stadium.

Laluan masuk ke kawasan stadium turut dikawal oleh petugas Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dengan dibantu anggota Rela bagi memastikan para penyokong tidak menghampiri kawasan stadium.

Sementara itu, ribuan penyokong pasukan Perak menyaksi siaran langsung perlawanan tersebut menerusi skrin besar di Dataran Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI). – UTUSAN ONLINE