IPOH: Permohonan kini dibuka kepada orang awam khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menjadi sukarelawan Sukan Malaysia 2018 (SUKMA XIX Perak 2018) yang bakal berlangsung pada Jun tahun depan.

Permohonan itu dibuka sehingga 30 November ini dan borang boleh dimuat turun dari laman web rasmi Kerajaan Negeri Perak melalui https://www.perak.gov.my/images/terkini/borangsukarelawan.pdf.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Sekretariat SUKMA XIX Perak 2018 di alamat E-3-2 & E-4-2, Menara SSI, Soho 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak atau menghubungi talian 05-2461500/1551/1558, email sukmaperak2018@gmail.com dan Facebook SUKMA Perak 2018.