BAGAN DATUK: Kerajaan negeri komited menyelesaikan masalah dan meningkatkan pendapatan rakyat secara menyeluruh dalam program Permukiman Menteri Besar di Bagan Datuk yang bermula Selasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, melalui lebih 95 program yang diatur, kerajaan negeri akan mengumpul dan mencari jalan penyelesaian segala permasalahan berbangkit melibatkan kehidupan rakyat di daerah berkenaan.

Beliau menjangkakan antara masalah yang dihadapai penduduk Bagan Datuk ialah permohonan keperluan asas, bantuan baik pulih dan bina rumah serta rumah ibadat.