Permukiman Menteri Besar siri keempat di Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang berakhir hari ini telah ‘menyentuh hati’ lebih 70,000 penduduk yang berjaya didekati barisan kepimpinan kerajaan negeri melalui 95 pengisian program yang berlangsung selama lima hari sejak Selasa.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan program permukiman kali ini yang menurutnya keluh kesah mereka didengari dan diberi perhatian secara langsung.
“Antara permasalahan diketengah penduduk di kedua-dua parlimen ini berkaitan jalan, tanah serta keadaan kehidupan mereka. Permasalahan tanah diterokai secara haram tanpa mereka sedar sehingga keadaan kehidupan daif ibu tunggal yang kehilangan suami secara tiba-tiba.

“Kita telah selami permasalahan tersebut, rasa nadi rakyat secara sendirinya yang sebelum ini tidak kedengaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Fit Perak @ Bukit Gantang di dataran Bukit Gantang pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) turut telah menyelesaikan masalah air dihadapi penduduk seperti di Kampung Permatang Raja, Sungai Kerang, Sungai Tinggi dan Bagan Panchor.

“Kita juga telah membuat satu tangki air simpanan air sebanyak 2.5 juta liter padu bagi kegunaan masyarakat berkenaan,” jelas beliau.

 


Sehubungan itu, beliau memberitahu satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri akan meneliti kesemua cadangan serta permasalahan yang dikumpul sepanjang lima hari program tersebut berlangsung sebagai usaha untuk menyelesaikannyka.

“Jawatankuasa itu akan melibatkan keseluruan jabatan, kita akan mengunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBEOS) bagi menguruskan permasalah serta cadangan-cadangna yang kita terima di lapangan.

“Saya telah putuskan juga bersama exco kita akan pecah-pecahkan perkara itu mengikut tajuk dan portfolio masing-masing supaya senang kita selesaikan.

“Ianya juga untuk kita pastikan adakah ianya permasalah yang sebenar atau pun tidak yang dihadapi oleh rakyat ini,” katanya.