Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F ( PERKOBF) Perak hari ini berharap tampuk kepimpinan kerajaan negeri yang baru dibawah Pakatan Harapan akan memastikan proses pengagihan kerja bagi golongan tersebut dilaksakanakn secara telus dan adil tanpa penglibatan kroni atau orang tengah.

Yang Dipertuanya, Zairol Hizam Zakaria berkata seramai 2,000 kontraktor kelas F di Perak juga sebulat suara ingin menyarankan agar sistem pengagihan kerja bernilai di bawah RM200,000 dapat diperkemas dengan pentadbiran baru tersebut.

Tegasnya, kerajaan Pakatan Harapan Perak diharap dapat memberi ruang dan peluang dengan membatalkan konsesi sebelum ini yang memonopoli sebilangan besar kerja-kerja seperti memotong rumput dan penambahbaikan jalan dan diberikan kepada kontraktor kelas F.

“Kami amat memohon kerajaan di bawah Menteri Besar baru dapat mengkaji semula perkara kepas khususnya konsesi, kerana ianya telah menyekat peluang untk kami cari makan.

Zairol berkata, sebelum ini pihaknya melahirkan bantahan terhadap kerajaan negeri mengenai perlaksanaan kerja melalui konsesi dan menyerahkannya kepada kontraktor memerlukan namun langsung tidak diendahkan.

‘Kami harap kerajaan negeri dapat membantu, buat masa ini kontraktor kelas F nilai kerja had maksimumnya ialah RM200,000. Kami mohon, untuk RM100,000 (kerja-kerja) ke bawah itu dapat dibuat secara undian, manakala kerja bernilai RM100,000 ke atas pula dilakukan secara sebut harga.

“Melalui pendekatan ini, ia memungkinkan kontraktor kelas F seperti kami ini dapat belajar dan meningkatkan keupayaan diri pada masa akan datang. Ianya juga akan mengelakkan daripada memberikan projek secara bergilir-gilir agar semuanya sama-rata,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat PERKOBF Perak, di sini, hari ini.

Zairol berkata, rungutan mengenai sistem monopoli projek dan kerja oleh beberapa ahli politik dan orang berkepentingan baik dalam dan luar bandar merupakan perkara yang telah lama dipendam oleh rakan-rakan kontraktor kelas F di seluruh Malaysia.

“Kami harapkan, pada masa depan, agar PH dapat membuat agihan secara adil. Buatlah secara undian,…walaupun lambat tapi kita puas hati dengan sistem dan perjalanan itu. Kalau kita tak dapat pun, kita tak marah sebab kita nampak perjalanan benda itu, bukan dirancang dan sebagainya,

Kata Zairol Hizam, pihak kerajaan negeri dan pusat harus melaksanakan penguatkuasaan dasar secara tegas di semua peringkat pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan penguasaan penuh oleh warga asing yang bukan berlatar belakangkan kontraktor hanya untuk mendapatkan kerja.

“Kita kena sentiasa memastikan mereka tahu untuk mencari hanya golongan kontraktor yang sah serta berdaftar menjadi pilihan bagi mereka yang perlu menggunakan ubah suai rumah persendirian atau B28,”ujarnya lagi.