CHEMOR: Seramai 40 orang di sekitar Kg Chepor Indah cemas dengan banjir kilat yang berlaku buat pertama kalinya di kampung mereka pada Selasa malam.

Dalam kejadian sekitar 10 malam itu, hujan lebat berterusan sejak petang Selasamenyebabkan sebanyak enam buah kediaman ditenggelami air setinggi satu hingga dua kaki.

Pegawai Bencana & Operasi Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta,Lt. (PA) Rayner Saimon berkata, hujan ribut berteruskan sejak pukul 3 petang menyebabkan paras air di kedua-dua sungai berhampiran meningkat secara mendadak.

“Paras air meningkat mendadak dari Sungai Keladi yang bersaiz kecil, seterusnya memasuki Sungai Kuang dan melibatkan limpahan deras air ke Kg Chepor Indah.

“Bagaimanapun, situasi air kini terkawal dan air setakat memenuhi perkarangan kediaman namun tidak memasuki bahagian dalam rumah kesemua penduduk berkenaan,” katanya ketika dihubungi Suara Perak.

Rayner berkata, beliau difahamkan oleh penduduk bahawa kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Kg Chepor Indah berikutan hujan lebat berterusan dan saiz Sungai Keladi cukup besar.

“Kami akan melaksanakan pemantauan kerap untuk dari masa ke sama untuk lokasi yang berisiko bencana,untuk keselamatan penduduk setempat,” katanya.