IPOH- Digital Perak Corporation Holdings (DigitalPerak) mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam pertandingan merekacipta nama dan logo untuk produk terbaharu syarikatiaitu Digital Makerspace.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DigitalPerak, Prof. Madya Dr. Mohammad Tazli Azizan, DigitalPerak menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM800 dan sijil penyertaan kepada tiga pemenang hadiah utama pertandingan itu.

Katanya, syarikat mengambil langkah menjemput penyertaan awam di dalam pertandingan tersebut bagi memasyarakatkan aktiviti-aktiviti DigitalPerak di kalangan rakyat negeri Perak.

“Selain itu, pertandingan ini juga diadakan untuk mencungkil bakat, pengetahuan dan kreativiti individu dalam mereka cipta nama dan logo berkaitan Makerspace dan Co-Working Space.

“Nama dan logo ini akan digunakan oleh DigitalPerak dalam menarik minat komuniti dan para pelajar terhadap pendedahan dan aktiviti berasaskan Science, Technology, Reading, Engineering, Art and Mathematic (STREAM),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Digital Makerspace merujuk kepada ruang khas yang diwujudkan bagi berperanan sebagai pusatpenyelidikan, pembangunan kreatif dan inovasi dengan menyokong serta menggalakkan keusahawanan dalam masyarakat.

Pertandingan merekacipta nama dan logo ituterbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tempoh pertandingan bermula pada 19 Ogos 2019 hingga 18 September 2019 dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjutberkaitan terma dan syarat penyertaan melaluiFacebook DigitalPerak.

Sebanyak 10 rekaan terbaik akan disenarai pendekuntuk diundi melalui jumlah “Like” yang dimuatnaikke Facebook dan Instagram DigitalPerak.

Daripada jumlah itu, tiga (3) pemenang akandiumumkan setelah pertandingan berakhir dalambulan September 2019 dan rekaan yang dinobatkansebagai pemenang akan dipaparkan di laman web dan laman sosial DigitalPerak.

Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiahwang tunai sebanyak RM500.00, pemenang tempatkedua akan menerima RM200.00 dan pemenangtempat ketiga akan menerima RM100.00 sertasemua pemenang akan menerima sijil penyertaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenaipertandingan ini, sila hubungi Cik Nor Izatul Nadrahbinti Mahmud di 05-526 1881 atau email di info@digitalperak.com.my