Subscribe Now

Trending News

Pertembungan Perak-JDT Berakhir Tanpa Kekecohan Penyokong
Dalam Negeri

Pertembungan Perak-JDT Berakhir Tanpa Kekecohan Penyokong 

IPOH 18 Feb. – Perlawanan Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Perak di sini hari ini berakhir tanpa sebarang kekecohan penyokong seperti mana pertembungan kedua-dua pasukan sebelum ini.

Keadaan ini dipercayai disebabkan jumlah kehadiran penyokong pasukan JDT yang terlalu sedikit menyaksikan perlawanan tersebut.

Begitupun kawalan keselamatan yang ketat dilaksanakan di dalam dan luar stadium oleh anggota polis, Pasukan Simpanan Persekutuan dan anggota Rela.

Penyokong Perak bersurai sepenuhnya pada pukul 12 malam setelah bas yang membawa pemain pasukan tuan rumah meninggalkan stadium. – UTUSAN

Related posts