IPOH: Pertubuhan Peladang membayar kira-kira RM2.2 juta zakat perniagaan 2016 di negeri Perak, kata Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Datuk Nadzri Ismail.

b66404be-8d81-4689-a9ee-b367bab6a08eBeliau berkata, bayaran zakat itu dibuat oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), PPN Perak sendiri dan 30 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negeri ini.

Menurut beliau, pembayaran zakat itu membuktikan Pertubuhan Peladang mencatatkan perolehan yang menggalakkan, contohnya nilai perolehan NAFAS tahun lalu RM776 juta dan PPN Perak kira-kira RM200 juta.

“Ia juga membuktikan NAFAS dan PPN boleh bersaing dengan syarikat-syarikat perniaagaan yang lain,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS di Hotel Casuarina @ Meru di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, wakil AJP NAFAS, Datuk Ismail Omar menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM450,000 kepada 30 PPK di seluruh Perak di mana setiap PPK menerima RM15,000.

f8b2e714-37c4-4525-88c0-28184622b35cTerdahulu, di sebelah pagi, Nadzri mengetuai AJP PPN Perak, Pengerusi PPK seluruh negeri dan 30 Pengurus Besar PPK melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak.

PPN Perak menjadi Pertubuhan Peladang keenam di seluruh negara yang menandatangani IBR selepas Melaka, Selangor, NAFAS, Negeri Sembilan dan Sabah.

Nadzri berkata, program itu membuktikan komitmen PPN Perak untuk terus memelihara intergriti di kalangan AJP dan pengurusan dari peringkat negeri hinggalah ke peringkat kawasan.

8a3059db-2dc3-49e1-b4cf-f04c538f3055