IPOH: Kerajaan negeri Perak mengumumkan perubahan waktu operasi Pasar Borong Ipoh dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, kerajaan negeri mengambil maklum kekangan yang sedang dihadapi okeh komuniti perniagaan dan para pemain industri sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

“Susulan itu, kerajaan negeri telah meneliti semula waktu operasi pasar borong dan menetapkan waktu operasi pasar borong di negeri Perak sepanjang tempoh PKP fasa kedua berkuatkuasa mulai 6 April (Isnin),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Masa baharu operasi pasar borong itu adalah seperti berikut:-

⁃ 4 pagi hingga 10 pagi – operasi barang basah.

⁃ 10 pagi hingga 11 pagi – ditutup untuk pembersihan.

⁃ 11 pagi hingga 4 petang – operasi sayur-sayuran dan buah-buahan.