RAMADI: Pesawat tentera Amerika Syarikat yang membawa askar negara itu terhempas di barat Iraq, kata Pemerintah Pusat AS dalam kenyataan lewat semalam.

“Pasukan penyelamat berada di lokasi nahas buat masa ini,” menurut kenyataan.

Pesawat itu adalah helikopter HH-60, yang terhempas berhampiran al-Qaim, bandar di wilayah Anbar berdekatan dengan sempadan Syria, menurut pegawai AS merujuk laporan awal.

Ia membawa tujuh penumpang dan anak kapal dan kemungkinan besar ada kematian, kata pegawai.

Maklumat lanjut tidak diketahui tetapi Pemerintah Pusat berkata siasatan akan dilancarkan untuk menentukan punca nahas. – Reuters