Bachok: Dalam masa dua minggu, syarikat susu kambing Mizz Wann Enterprise sekali lagi menganjurkan program pemberian petrol percuma kepada 400 pemilik motosikal di stesen minyak Petronas Jelawat di sini, hari ini.

Program berkenaan yang bermula 9 pagi, berakhir 11 pagi tadi, dengan kos lebih RM2,000.

Pengurusnya, Mohd Harmizuan Hamzah berkata, program tanggungjawab sosial korporat syarikat (CSR) itu adalah yang kedua selepas yang pertama, dua minggu lalu, di stesen minyak di Pasir Pekan, Tumpat.

Katanya, ia akan dilaksanakan di semua daerah di Kelantan bagi meringankan beban golongan memerlukan berikutan kenaikan harga petrol dan sara hidup.

“Kami berasa bertanggungjawab membantu masyarakat terutama pengguna motosikal dan akan meneruskan program ini pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

-mymetro