SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) berkeras keras untuk menidakkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ini menyebabkan pemimpin-pemimpin PH kelihatan cemas hingga terpaksa berkampung di Rantau.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PH tidak mahu beliau dan BN menang lagi kali ini kerana kemenangan itu akan membawa kebangkitan bersama UMNO dan Pas.

“Dia (PH) tak mahu kita menang, dia nak bagi kita kalah, sebab dia tak boleh bagi menang hatrik.

“Di Cameron Highlands, Semenyih BN menang, dan Rantau mesti hentikan, sebab itu dia kata Rantau BN mesti kalah sebab yang bertanding Mohamad Hasan.

“Beliau mesti dikalahkan, kalau budak ini menang, dia banyak panjang akal. Dia akan bangkit bersama UMNO dan Pas,” kata Mohamad.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Angsamas, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2019.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Angsamas, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2019.
Oleh sebab itu, beberapa pemimpin PH berusaha keras untuk memenangkan calonnya, Dr S. Streram.

“Kepimpinan dia (PH) berkubang di rantau. Pagi, petang, siang, malam, ada kerbau balar baru di Rantau, dia berkubang betul-betul di Rantau.

“Orang Rantau pun hairan, kerana hari-hari kereta polis bersimpang-siur masuk kampung sana sini,” katanya dalam Ceramah Perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di tapak pasar malam Taman Angsamas, semalam.

Ceramah Perdana itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden MCA, Datuk Ti Lian Ker, Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

h BN menang, dan Rantau mesti hentikan, sebab itu dia kata Rantau BN mesti kalah sebab yang bertanding Mohamad Hasan, beliau mesti dikalahkan kalau budak ini menang, dia banyak panjang akal dia akan bangkit bersama UMNO dan Pas,” katanya lagi.

Justeru itu katanya, rakyat Rantau harus bijak memilih wakil rakyat mereka dalam membela nasib warga Rantau.

“Masa nak pilihan raya dia datang, lepas besok dia tak kenal tuan-tuan inilah dia Mohamad Hasan yang akan kenal tuan-tuan,” rayu beliau. -MalaysiaGazette