IPOH: Ahli politik yang bertanggungjawab memikul amanah dan memastikan rakyat hidup selesa mudah untuk mendapat kepercayaan serta memenangi hati rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon menegaskan tugas penting bagi pemimpin adalah untuk mencari pelapis yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan bagi kesinambungan sesebuah parti.

“Seperti mana kursus latihan sehari bagi Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ahli MCA dan Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk yang dianjurkan hari ini.

“Kita mahu berikan pembelajaran berterusan untuk mereka mempertingkatkan prestasi masing-masing, selain itu kita juga menjemput profesor dari University Of Singapore, Dr. Lau Yueqiang berasal dari Hong Kong

“Ia penting untuk memaklumkan apa intipati dalam politik dari perspektif tradisi masyarakat Cina,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Ahad.

Menurut Dr Mah, kira-kira 350 peserta yang terdiri daripada kepimpinan MCA hadir di kursus kem tersebut khusus untuk memberi penekanan berkaitan tanggungjawab dan prestasi kepimpinan masing-masing.