IPOH: Pintu gerbang PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ribu, Kuala Kangsar muncul johan pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2018 bagi kategori pintu gerbang.

Tempat kedua dimenangi Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah manakala ketiga PIBG SK Tasek, Pengkalan Hulu.

Johan menerima wang tunai RM3,500 dan sijil, tempat kedua RM2,500 dan sijil sementara pemenang ketiga menerima RM1,500 dan sijil.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang dalam majlis jamuan teh dan penyampaian hadiah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Hadir sama Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal, barisan exco kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat.

Keputusan-keputusan lain pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Kategori Individu
Johan – Mohd Zubir Said (Taman Intan, Parit Buntar)
Naib Johan – Nor Syuhada Musa (Kampung Padang Serai, Beruas)
Ketiga – Shahbudin Yahaya (Kampung Padang Serai, Beruas)
2. Kategori Kampung / Taman Perumahan
Johan – tiada pemenang
Naib Johan – Kampung Tersusun Klebang Selatan, Batu 6, Chemor
Ketiga – KRT Taman Medan Klebang Prima
3. Kategori Sekolah
Johan – SK Felcra Nasarudin, Bota
Naib Johan – SK Haji Ramli, Kerian
Ketiga – SJKC Liman, Kuala Kangsar
4. Kategori Bangunan Kerajaan / Swasta
Johan – Jabatan Kerja Raya Perak
Naib Johan – Pejabat Daerah dan Tanah Batu Gajah
Ketiga – Tadika Kemas Indera Barat, Seri Iskandar

Keputusan pertandingan kawad pula adalah seperti berikut:-

1. Kategori IPTA / IPTS / Sekolah
Johan – SM Raja Dr Nazrin Shah
Naib Johan – Universiti Teknologi Petronas
Ketiga – Sekolah Raja Perempuan Taayah
2. Persembahan Pancaragam Terbaik
Johan – SMJK Sam Tet, Ipoh
Naib Johan – UiTM Seri Iskandar
Ketiga – SMK Sultan Yusof Batu Gajah
3. Pakaian Terbaik Keseluruhan
Johan – Majlis Bandaraya Ipoh
Naib Johan – Pejabat SUK Perak
Ketiga – UiTM Cawangan Perak
4. Kontinjen Daerah
Johan – Daerah Kinta
Naib Johan – Daerah Larut Matang Selama
Ketiga – Daerah Hulu Perak
5. Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun, Swasta dan NGO
Johan – Majlis Bandaraya Ipoh
Naib Johan – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
Ketiga – Lembaga Air Perak
6. Jabatan Kerajaan
Johan – Pejabat SUK Perak
Naib Johan – Jabatan Agama Islam Negeri Perak
Ketiga – Jabatan Kerja Raya Perak