KAMPAR : Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kampar memohon kerjasama orang ramai untuk mencari waris dua beradik berusia 8 dan 6 tahun yang kini dibawah jagaan rumah kanak-kanak.

PKMD dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Puteri Zahrah dan adik lelakinya yang dikenali sebagai Aril dijumpai ditinggalkan di kolam pancing ikan di Kampung Ayer Hitam Labu pada 10 Februari 2017.

“Hasil maklumat dari orang awam mendapati bapa kepada kanak-kanak itu merupakan warga tempatan manakala ibu mereka warga Indonesia.

“Adik beradik itu mempunyai masalah pertuturan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui.

“Sepanjang tempoh dua tahun ditempatkan di rumah kanak-kanak, tiada ahli keluarga yang datang menuntut,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar dua beradik ini menjalani terapidi Hospital Taiping dan kini sudah mampu bertutur.

Justeru, kerjasama waris diperlukan bagi urusan dokumen kelahiran demi membolehkan mereka bersekolah.

Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil berhubung dengan PKMD Kampar di talian 05-4653133.