IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status pembinaan Taman Tema Filem Animasi (MAPS) di Meru Raya, Ipoh.

 

Beliau berkata walaupun projek tersebut tidak mempunyai sebarang masalah namun kenyataan rasmi tersebut penting bagi memaklumkan status terkini pembinaan taman tema itu kepada rakyat negeri ini.

 

“Saya telah tanya perkara yang sama kepada mereka (PKNP) baru-baru ini dan mereka telah jelaskan semuanya berjalan lancar, tiada sebarang masalah cuma tempoh siap itu sahaja dipanjangkan sedikit.

 

“Ianya lebih kepada faktor menjaga dan memastikan taman teman itu dapat dibangunkan dengan teliti kerana ia melibatkan soal keselamatan serta aspek artistik” katanya dalam satu sidang media di Ipoh pada Rabu.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status pembinaan projek itu yang kini mula menjadi tanda tanya di kalangan rakyat ekoran kelewatan pembukaan taman tema tersebut.

 

Dr Zambry yakin PKNP akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi menjawab keresahan dibangkitkan.

 

“Mereka telah kata kan dalam tempoh beberapa bulan lagi akan siap, lebih elok saya mintak kepada pihak PKNP untuk mengeluarkan kenyataan rasmi,” ujar beliau.

 

3

AMW_4199R