PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen pada kira-kira pukul 11.30 pagi Jumaat.

Najib dijangka membuat pengumuman itu di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, yang akan disiarkan secara langsung di saluran RTM1.

Pengumuman tersebut akan membuka ruang bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen. – MSTAR