PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 yang pertama kali diadakan di Kementerian Kewangan.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Ketua Menteri, Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan perkara yang membabitkan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan isu-isu yang berkaitan – hmetro