KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tan Sri Napsiah Omar sebagai pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.

Dalam entri terbaharu twitter rasminya, Perdana Menteri menzahirkan rasa sedih ke atas pemergian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu dan turut menyertakan gambar hitam putih kenangannya bersama Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Perginya pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Napsiah Omar hari ini.

“Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah, bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya – berita harian