IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan diskaun sehingga 20 peratus bagi beberapa golongan tertentu termasuk pemegang kad Friends of Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengumuman itu yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, menyatakan bahawa diskaun tersebut dapat dinikmati oleh mereka yang layak di premis perniagaan Persatuan Restoran Muslim Malaysia.

“Sukacita saya memaklumkan bahawa golongan orang kurang upaya (OKU), siswazah dan pemegang kad diskaun ‘Friends of KPDNKK bakal menikmati diskaun sehingga 20 peratus di premis perniagaan Persatuan Restoran Muslim Malaysia.

“Langkah ini pasti akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan saya harap lebih ramai peniaga akan turut sama menyahut seruan kerajaan untuk memainkan peranan masing-masing dalam membantu rakyat,” katanya.