KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan perutusan khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 3 petang esok.

Pengumuman itu memang dinanti-nantikan bagi mengetahui status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung sehingga 9 Jun ini.

Negara kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Pada 10 Mei lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun selepas melaksanakannya sejak 1 Mei lalu.

PKPB pertama kali dilaksanakan dari 4 Mei hingga 12 Mei ini, membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketika itu, orang ramai dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekatan ke atas aktiviti sosial serta sektor pendidikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes Covid-19 harian di negara ini kekal pada dua angka rendah atau satu digit.

“Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” katanya pada sidang media mengenai kes Covid-19.