KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan Gerakan Anak Muda Cari Jho Low tidak dibenarkan berarak ke Dataran Merdeka dan diberi masa 15 minit untuk bersurai dan Pasukan Light Strike Force (LSF) serta anggota polis dikerahkan menghalang peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Berikutan arahan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah itu, Jalan TAR dari hadapan SOGO kini ditutup daripada dilalui sebarang kenderaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun, peserta seakan ingkar arahan polis dan mereka kini berkumpul di laluan Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan Sogo bersiap sedia untuk berarak tatkala polis serta penganjur meneruskan perbincangan.

Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, sempat berucap kepada peserta perhimpunan yang masih berdegil dan terus berhimpun walaupun masa 15 minit yang diberikan pihak polis sudah tamat.

Berdasarkan maklumat terkini, peserta perhimpunan akur dengan arahan polis untuk beredar dari laluan Jalan TAR dan kini mereka berkumpul semula di perkarangan SOGO – berita harian