IPOH – Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai terlibat dengan kes wanita maut dijerut dalam kejadian samun dalam tempoh 24 jam selepas mereka melakukan jenayah di sebuah rumah di Taman Permai, Kampung Tawas dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata hasil risikan polis berjaya mengesan kedua-dua saspek berumur 17 dan 24 tahun berjaya ditangkap pada 10 malam Isnin di sebuah rumah Taman Lapangan Permai.

Menurutnya tangkapan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas mayat mangsa dijumpai polis terjerut dengan tali nilon dan diikat di jeriji tingkap bilik utama pada 4.30 petang Isnin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kata beliau kedua-dua saspek dikatakan mengenali mangsa dengan salah seorang mempunyai dua jenayah lampau membabitkan curi motosikal.

“Daripada siasatan didapati motif kejadian bunuh adalah disebabkan perasaan tidak puas hati antara saspek terhadap mangsa,” katanya dalam satu sidang media.

Susulan tangkapan kedua-dua saspek, polis turut menyerbu sebuah kedai pajak gadai di Jalan Ampang Baru di sini di mana saspek telah menggadaikan barang kemas mangsa dengan nilai RM3,000.

Berikutan itu, pemilik pajak gadai seorang lelaki Cina turut ditangkap untuk membantu siasatan, katanya.

“Antara rampasan barang kes ialah sekeping resit surat pajak gadai, seutas rantai leher yang telah putus, tiga biji loket emas dan sebelah subang emas batu,” kata beliau.

Polis turut merampas barang milik saspek antaranya barang perhiasan wanita berwarna keemasan, pelbagai telefon bimbit jenama Samsung, Bowei dan Nokia, sebuah motosikal Modenas bernombor pendaftaran AJX 8737, dan pelbagai kad peribadi saspek.

barang-barang seutas rantai keemasan, sebentuk cincin berwarna keemasan, sebuah beg silang jenama Roche Constant berwarna hitam,

Kedua-dua saspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai Selasa untuk siasatan lanjut.

Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang telah bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya saspek dalam tempoh 24 kejadian.

1/2