IPOH: Polis berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk mencuri sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi apabila seorang lelaki mengadu kepada seorang anggota polis yang sedang menyaman kereta yang diletakkan di tepi jalan, bahawa suspek cuba mencuri keretanya.
Suspek yang panik dengan kehadiran polis, cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta berkenaan sehingga melanggar kereta yang diletakkan di depan dan belakangnya.

Beberapa anggota polis D9 yang kebetulan melalui jalan tersebut telah membantu menangkap suspek.

 

curi-kereta-hrpb
Menurut polis, suspek yang berumur 50 tahun dan beralamat di Bandar Ipoh Raya itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Senam untuk tindakan lanjut.

Polis turut merampas dua kunci yang telah diasah daripada suspek.