IPOH – Polis Perak membuka satu kertas siasatan berhubung isu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memaksa kedai serbaneka di Manjoi, di sini mengosongkan peti arak dalam kejadian Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Yahaya Ab Rahman berkata, pihaknya telah menerima tiga laporan polis daripada pekerja kedai serbaneka berkenaan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan (Pencerobohan) dan memulakan siasatan dengan memanggil semua pihak yang terlibat dalam siasatan ini.

“Keras siastan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa teedkat untuk mendapatkan nasihat serta pandangan,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Yahaya turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam menguatkuasakan kesalahan atau yang mereka syaki telah berlaku kesalahanpada padangan mereka.

“Orang ramai hendaklah membuat laporan kepda pihak berkuasa yang bertaunggungjawab untuk tindakan selanjutnya,” tegas beliau.

Melalui laporan polis yang dibuat oleh pekerja serbaneka itu, sekumpulan lelaki tersebut telah meminta supaya minuman keras yang terdapat dalam petik sejuk kedai berkenaan tidak dijual dan mengarahkan mereka mengeluarkan kesemua minuman keras tersebut.

Dakwa pekerja-pekerja serbaneka itu lagi, Sekumpulan lelaki itu juga turut memberi amaran supaya perkara tersebut tidak lagi berulang dan mereka akan mengambil tindakan keras sekiranya berlaku lagi penjualan minum keras di kedai berkenaan.