KUALA LUMPUR: Pelakon utama drama Kekasih Paksa Rela, Intan Najwa Abd Wahid, 21, diminta hadir ke Mahkamah Muamalat dan Insolvensi Shah Alam sebagai saksi penting kes dadah pada 8 hingga 10 Oktober ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam satu kenyataan hari ini menyebut Intan Najwa diminta berbuat demikian sebagai saksi penting kes yang dibicarakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Turut dipanggil ke mahkamah itu pada tarikh dan sebab sama ialah Anwaruddin Mohd Izzuddin, 21, dan Mohd Nizam Ali, 37.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tiga individu ini boleh hubungi pegawai penyiasat, Fitri Farhan Wan Chik di talian 017-2952202,” katanya – berita harian