IPOH: Sebanyak 740 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik semasa penguatkuasaan sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2017 yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada Ahad.

76394a1d-cb11-47b2-93c0-2dc5ee53cc87

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkat, kesalahan-kesalahan yang disaman dalam operasi tersebut ialah memandu di bawah pengaruh alkohol, memandu laju, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh serta lain-lain kesalahan.

14445797-93ac-4c03-a88a-293c750eeb13Katanya, Ops tersebut dibahagikan kepada beberapa pasukan yang menjalankan pemeriksaan di daerah-daerah di negeri ini.

“Saman yang paling banyak dikeluarkan adalah melibatkan kesalahan memandu laju iaitu sebanyak 593 saman,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Wan Jamil, saman tersebut dikeluarkan kepada 507 pemandu motokar, motosikal (13), lori (3), van persendirian (13), pacuan empat roda (112) dan kenderaan perdagangan (5).

Tambah beliau, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik turut menjalankan Ops Mabuk di Greentown di sini bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi tadi.

Katanya, operasi itu yang disertai dua pegawai dan 27 anggota, menyaksikan 43 pemeriksaan tahap alkohol dilaksanakan melibatkan dua tangkapan kerana melebihi paras alcohol yang dibenarkan.

“Kedua-dua individu lelaki itu berumur 27 dan 52 tahun ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 109 saman dikeluarkan dalam Ops Mabuk itu yang melibatkan pelbagai kesalahan seperti mengabaikan lampu isyarat, memandu laju, lesen tamat tempoh dan enggan menandatangan saman.